Friday, September 14, 2012

-tersirat-

peristiwa 
yang berlaku,
melahirkan pengalaman,
pengalaman 
yang buruk dan baik
menimbulkan pelbagai perasaan
berbagai kesan
tetapi
setiap yang berlaku
ada makna di sebaliknya
jangan pernah salahkan takdir

sekiranya
berlaku sesuatu perkara yang buruk
jangan berpaling tadah
berdoa lah pada Allah SWT
teruskan sujud padaNya
Dia hanya ingin melihat
betapa setianya hambaNya
sesungguhnya,
Allah SWT amat kasih pada orang yang bersabar

sekiranya
hidup lalu penuh dengan dosa
penuh dengan maksiat
kembali lahh kembali lahh
kepada tuhanmu iaitu Allah SWT
sesungguhnya Allah SWT Maha Pengampun
Dia akan mengampunkan dosa-dosa hambaNya
yang benar-benar insaf

menurut hadith
"Mereka yang pernah mengerjakan 
perbuatan dosa atau telah berbuat dosa 
terhadap dirinya sendiri
lalu mereka bersegera mengingati Allah 
dengan memohon keampunan Ilahi
terhadap dosa yang dilakukan itu
Siapakah yang akan mengampuni
segala dosa selain Allah?
kemudian itu 
mereka berasa insaf dan sedar
serta tidak akan mengulangi perbuatan itu lagi,
maka mereka akan diberi 
pahala dan ganjaran syurga
yang di bawahnya mengalir
sungai sungai dan disitulah tempat mereka
 selamanya"
(HR Abu Daud, Nasa'l, Ibnu Majah dan Baihaqi)
  
maka dengan itu
bertaubat lahh selagi bernyawa
maut bilabila akan tiba
sebelum terlambat
kembali lahh ke jalan Allah
jalan yang di redhai
Assalamualaikum

 

No comments:

Post a Comment