Monday, February 25, 2013

Perigi Cari Timba ?

Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah sebab kita dapat bersama lagi
cewahhh
acah-acah rancangan tv pulak ye
okayy
sekarang kita nak bincangkan hal 




 "Perigi Cari Timba"


topik ni sebenarnya biasa dalam masyarakat sekarang
banyak orang cerita pasal benda ni
tapi apa salahnya kalau aku pun nak cerita jugak kan?

sebenarnya,
taksalah kaum perempuan melamar lelaki
sebabnya
Imam Ibn Hajar dalam Fath al-Bari juga ada menegaskan bahawa

"Tiada keaiban bagi wanita yang menawarkan dirinya 
untuk menjadi isteri kepada seorang lelaki"

 nampak tak?
so, untuk perempuan kat luar sana
sekiranya kita jatuh hati kat seorang lelaki
terutama sekali lelaki yang warak
tidak salahnya kalau kita nak meluahkan perasaan kita
kalau takboleh secara terus terang,
kita luahkanlah dengan berselindung tapi boleh difahami.
kita amik contoh seperti
Saidatina Khadijah yang menggunakan orang tengah semasa melamar Rasulullah saw.
meskipun
Saidatina Khadijah yang melamar Rasulullah saw,
tetapi
dia jualah Isteri baginda yang paling baginda cintai.
so,
korang amiklah iktibar dalam cerita ini.
babaiii
Assalamualaikum :)

Monday, February 18, 2013

Hikmah Berwudhuk

Assalamualaikum wbt
harini dengan besar hatinya
aku nak berkongsi ilmu dengan korang yang rajin lawat blog aku
topik harini kita nak cite pasal
-Hikmah Berwudhuk-


Rasulullah saw bersabda marhumnya :
 "Apabila seorang hamba yang muslim atau mukmin itu berwudhuk,
maka sewaktu ia membasuh mukanya,
akan keluarlah semua dosa yang dilihat dengan matanya
dari mukanya bersama sama dengan air itu.

Jika ia membasuh kedua dua tangannya,
maka keluarlah semua dosa yang diperbuat oleh tangannya itu 
bersama sama dengan air itu.

Dan jika ia membasuh kedua kakinya,
maka keluarlah semua dosa yang diperbuat oleh kakinya itu
bersama sama dengan air itu 
sehingga
ia benar benar bersih daripada semua dosa."
(Riwayat Muslim)
 

dan untuk pengetahuan semua,
para arwah yang telah meninggal dunia,
mereka semua teringin dihidupkan semula
dan menjaga wudhuk mereka.
jadi,
kepada kita yang still hidup ni.
nasihat aku
"Jagalah Wudhuk Kita"
sebab selain dosa kita keluar dari anggota badan,
kita juga dapat elak dari terkena sihir
ini disebabkan Malaikat sentiasa menjaga kita
selama kita berwudhuk 
and the last thing,
bila kita berwudhuk,
muka kita akan disinari oleh Nur
dalam bahasa melayu nya, Cahaya
cahaya ini buat muka kita berseri 
tanpa menggunakan secalit make up pun
kira natural beauty lah kata orang.
tu jelah untuk harini
kbabaiii
Assalamualaikum semuaaaa !! :)